Allah s.w.t tidak melakukan sesuatu secara sia-sia. Bahkan semuanya diatur dengan bijaksana oleh Allah s.w.t untuk kebaikan. Dalam pensyariatan hukum dan pengurusan dalam islam Allah S.WT tidak mensyariatkan mana-mana hukum dengan sia-sia tanpa hikmah dan kebijaksanaan.
Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-
-
Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
-
Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
-
Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
-
Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.Berikut adalah prinsip-prinsip pengurusan islam:-Memelihara Keselamatan Agama (akidah)Islam mengharamkan semua perkara yang boleh mengancam agama seperti kufur,syirik,nifak riddah dan sebagainya.Ekoran itu islam mengenakan hukuman tegas terhadap jenayah keagamaan seperti jenayah murtad.Orang yang murtad dikenakan hukuman bunuh seperti mana yang disebut dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahamd,al-Bukhari,Abu Dawud at-tirmizi an-Nasa'i dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda:"sesiapa yang menukarkan agamanya (iaitu keluar daripada islam kepada kufur) maka hendaklah kamu membunuhnya."
No comments:
Post a Comment