Friday, 12 September 2014

konsep pengurusan dalam islam

konsep pengurusan dan pentadbiran

konsep pengurusan islam adalah sesuatu yang amat penting untuk diaaplikasikan sebagaimana yang terkandung dalam wahyu. Pegurusan termasuk dalam kategori hubungan manusia sesama manusia sebagai usaha ke arah kesejahteraan, keharmonian, kedamaian dan keselamatan hidup dunia dan akhirat dengan berteraskan hubungan kepada Allah SWT.Pengurusan ini berpandukan  al-Quran dan al-Sunah.


Pengertian pengurusan dan pentadbiran

Ibn Khaldun mendefinisikan pengurusan sebagai satu kegiatan kemasyarakatan bagi mengurus usaha-usaha kemanusiaan, berkumpulan serta bermatlamat yakni mempunyai tujuan yang sama.
Mary Parker Follet, seorng pakar pengurusan Barat mendefinisikannya sebagai satu seni melakukan sesuatu melalui orang lain.
Jaafar Muhammad pula, pengurusan ialah satu proses yang merangkumi proses-proses pengagihan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk tujuan output (barangan dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi dicapai.

Tujuan sistem pentadbiran
* keadilan sosial
* perkhimatan yang cekap dan sempurna
*jaminan keslamatan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran masyarakat.

Sumber pengurusan islam
·      Al-Quran
·      Al-Sunah
·      Amalan Sahabat
·      Pemikiran ulama
·      Pemikiran semasa


Pengurusan tauhid sebagai asas pengurusan

Ia sama dengan kedudukan bidang-bidang lain seperti politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, kesenian , teknologi dan lain-lain.
Tauhid Uluhiyyah
kepercayaan kepada keesaan Allah SWT dan bahawa setiap yang wujud di alam ini adalah milik Allah SWT.

Tauhid  Rububiyah
Kepercayaan bahawa Allah SWT sahajalah yang berhak dan boleh memberi Rezeki, menjaga dan menyuburkan ciptaan-Nya, termasuklah manusia.

Konsep Al-Istikhalaf
Istikhlaf  ialah ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangunkan dan memakmurkan dunia.





PERBANDINGAN PENGURUSAN ISLAM DAN BARAT

Pengurusan islam yang dijalankan adalah berasaskan tauhid iaitu satu falsafah yang lengkap berhubung dengan manusia dan kehidupannya yang diwahyukan oleh Allah SWT. Sistem ini jauh lebih sempurna berbanding sistem-sistem lain kerana ia bersifat lengkap dan melengkap (syumul) yang mencukupi aspek jasmani, rohani dan akal. Tetapi berbeza dengan sistem pengurusan konvensional yang lebih menekankan aspek pengurusan yang berteraskan kepada material semata-mata dengan mengabaikan aspek agama, etika dan nilai serta pembangunan insan.


Pengurusan konvensional ini lebih menekankan aspek pengurusan yang berteraskan kepada material semata-mata dengan mengabaikan aspek agama, etika dan nilai, serta pembangunan insan. konsep ini berteraskan konsep sekular yang mengasingkan perihal keduniaan dengan agama. Bagi pengurusan barat, agama merupakan hal peribadi dan tidak berkait langsung dengan agama. 

No comments:

Post a Comment